Bagaimanakah Anda Boleh Mendapat Keuntungan Dari Forex?

Belian rendah dan jualan tinggi, atau jualan rendah dan belian tinggi, adalah asas mendapat wang dalam Forex. Contohnya, jika anda membeli Euro menentang USD apabila setiap Euro bersamaan kepada 1.4800USD, dan kemudian menjualnya apabila ia menjadi 1.4850USD, anda mendapat keuntungan. Subjek besar adalah bagaimana anda mengenalpasti masa untuk membeli, dan bagaimana anda mengenalpasti bahawa apabila anda membeli, harga menaik dan anda mendapat keuntungan. Ini adalah soalan paling penting yang membuatkan anda pedagang yang berjaya.


Terdapat dua kaedah untuk mengetahui masa paling baik untuk membeli dan menjual: Analisis teknikal dan asas. Dalam analisis teknikal, anda boleh meramal arah harga dengan petanda analisis yang anda lengkapkan pada carta harga, dan juga dengan bantuan beberapa peralatan istimewa yang dipanggil petanda teknikal. Analisis teknikal adalah sains, yang jika anda ingin bekerja di Forex, anda perlu belajarinya dengan baik untuk menjadi pedagang yang berpengalaman. Tidak sukar untuk belajar analisis teknikal. Kaedah lain adalah Analisis Asas. Analisis ini digunakan untuk meramal masa depan harga mata wang mengikut situasi ekonomi dan juga politikal di dunia dan negara maju yang penting seperti Amerika Syarikat, UK, Jerman dan Jepun.

Analisis asas mempunyai penggunaan jangka panjang, tetapi pedagang baik boleh mermal perubahan tiba-tiba yang berlaku selepas mehebahkan berita penting tentang situasi ekonomi negara penting. Misalannya, apabila berita mengatakan bahawa situasi ekonomi di Jerman bertambah baik sebanyak 2 %( GDP) berbanding dengan bulan lepas, Euro bertambah kuat dan orang mula membelinya. Akibatnya, nilai Euro akan menaik kerana tambahan permintaan secara tiba-tiba.

Jika anda tahu keputusan berita tentang harga, anda boleh mendapati kedudukan yang berpatutan dan mendapat wang. Walau bagimanapun, terdapat dua belah kepada cerita ini, yang bermaksud jika anda mengambil ramalan yang salah, anda akan rugi. Nasihat paling baik adalah untuk membeli khabar angin dan menjual fakta.